Thursday, 24 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA

 

[1] Keluarga

 

Saya berasa puas hati

 

Menolong ibu bapa setiap hari

 

Bermula di pagi hari

 

Sehingga malam nanti

 

 

 

Ibu bapa yang disayangi

 

Saya tetap berhati-hati

 

Menjaga budi pekerti

 

Keluarga saya yang dicintai

 

 

 

Saya sayang ibu dan bapa

 

Abang, kakak, adik dan saudara

 

Mereka semua ada bersama

 

Semasa saya memerlukan mereka.

 

 

 

[1] Family

 

I feel contented

 

Helping mom and dad

 

Starts in the day

 

Until end of the day

 

 

 

My dear family

 

I remain beware

 

Maintain good manners

 

My beloved family

 

 

 

I love mother and father

 

Brother, sister, sister and sister

 

They are all together

 

While I need them.

 

 

 RUJUKAN:Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



KEHADIRAN M-9

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

 

M9 – TESIS BAB 1




NURNINA YUSRINA BINTI M.RADZY@YUSMAN   SABRINA BINTI ABDUL KADIR

                                   (197423)                                                       (199265)

 

Jangan lupa!

 

Penulisan Pengenalan

1. Penulisan pengenalan haruslah ringkas dan padat.

2. Satu perenggan sahaja.

3. Jelaskan apa yang terdapat dalam bab ini.

4. Huraian ringkas tentang kajian yang dilakukan.

5. Tidak menyentuh tentang latar belakang kajian.

 

2

 

 

 

 

Don’t forget!

 

Introductory Writing

1. Introductory writing should be concise.

2. One paragraph only.

3. Explain what is in this chapter.

4. Brief description of the study conducted.

5. Do not touch on the background of the study.

 

2

 

Jangan lupa!

 

Penulisan Latar Belakang Kajian/Sejarah/Asal Usul

1. Sejarah/asal usul tentang kajian yang dijalankan.

2. Rujukan yang menyokong pernyataan (minimum lima rujukan)

3. Penanda wacana yang sesuai supaya lebih ke arah penulisan akademik.

4. Lebih kurang dalam 3-5 halaman.

 

4

 

 

 

Don’t forget!

 

Writing of the Background Study/History/Origin

1. History / origin of the study conducted.

2. References that support the statement (minimum of five references)

3. Appropriate discourse markers to be more towards academic writing.

4. Approximately within 3-5 pages.

 

4

 

Jangan lupa!

 

Penulisan Permasalahan Kajian

1. Jumlah perenggan mengikut jumlah objektif kajian (minimum satu peranggan untuk satu objektif). Contoh, perenggan satu terdiri daripada kajian yang mempunyai jurang penyelidikan. Minimum dua atau tiga rujukan dan di akhir perenggan pelajar harus mengaitkan dengan kajian yang akan dilakukan.

2. Permasalahan kajian boleh merujuk bahan seperti akhbar (pernyataan menteri ataupun pakar), majalah (Dewan Bahasa dan Pustaka), majalah berbentuk akademik, artikel dalam jurnal berbentuk kajian, apa juga tulisan yang didokumentasikan dan buku akademik.

3. Tidak boleh merujuk bahan seperti majalah hiburan, pendapat sendiri, akhbar yang tiada kesahihan berita dan apa jua pernyataan yang tidak didokumentasikan.

4. Penjelasan pernyataan masalah perlu jelas dan tepat.

5. Mengenal pasti jurang dalam kajian.

6. Pernyataan masalah seharusnya kenyataan yang menampakkan jurang penyelidikan serta berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan.

7. Rujukan pernyataan masalah seharusnya daripada rujukan lima tahun kebelakang.

 

7

 

Don’t forget!

 

Writing Research Problems

1. Number of paragraphs according to the number of study objectives (minimum one paragraph for one objective). For example, paragraph one consists of a study that has a research gap. A minimum of two or three references and at the end of the paragraph the student should relate to the study to be done.

2. Research problems can refer to materials such as newspapers (ministerial or expert statements), magazines (Dewan Bahasa dan Pustaka), academic magazines, articles in research journals, any documented writing and academic books.

3. Can not refer to material such as entertainment magazines, personal opinions, newspapers that do not have the validity of news and any statements that are not documented.

4. The explanation of the problem statement should be clear and accurate.

5. Identify gaps in the study.

6. Problem statement should be a statement that shows the research gap as well as related to the study to be done.

7. The problem statement reference should be from a reference five years ago.

 

7

Jangan lupa!

 

Penulisan Persoalan Kajian

1. Persoalan kajian ditulis dalam bentuk poin.

2. Persoalan kajian ditulis dalam bentuk soalan.

3. Letakkan tanda soal di akhir ayat.

4. Jelas dan tepat.

5. Bertitik tolak daripada penyataan masalah.

6. Berkait rapat dengan objektif kajian.

7. Berkait rapat dengan tajuk tesis.

 

9

Don’t forget!

 

Writing Research Questions

1. The research question is written in the form of points.

2. Research questions are written in the form of questions.

3. Put a question mark at the end of the sentence.

4. Clear and precise.

5. Starting point from the problem statement.

6. Closely related to the objectives of the study.

7. Closely related to the title of the thesis

9

Jangan lupa!

 

Penulisan Objektif Kajian

1. Berkait rapat dengan persoalan kajian.

2. Berkait rapat dengan permasalahan kajian.

3. Berkait rapat dengan tajuk tesis.

4. Menggunakan domain pembelajaran Taksonomi Bloom (1956) sebagai perkataan pertama.

5. Memastikan domain  yang dipilih daripada senang kepada sukar (mengikut tahap Bloom).

6. Tidak boleh terlalu panjang sehingga mengelirukan.

 

10

 

Don’t forget!

 

Writing Objectives of the Study

1. Closely related to research questions.

2. Closely related to research problems.

3. Closely related to the title of the thesis.

4. Using the learning domain of Bloom's Taxonomy (1956) as the first word.

5. Ensure the selected domain from easy to difficult (according to Bloom level).

6. Cannot be too long until it becomes confusing.

10

 

Jangan lupa!

 

Penulisan Kepentingan Kajian

1. Pilih kepentingan kajian yang bersesuaian dengan kajian.

2. Pilih sama ada dalam bentuk poin atau perenggan.

3. Jelaskan setiap kepentingan dalam minimum 10 ayat.

4. Bahagian ini tidak memerlukan rujukan.

5. Kepentingan kajian minimum tiga.

6. Kepentingan kajian maksimum lima.

 

17

 

Don’t forget!

 

Writing the Importance of the Study

1. Select the importance of the study that is appropriate to the study.

2. Choose either in the form of points or paragraphs.

3. Explain each importance in a minimum of 10 sentences.

4. Reference are not requires in this section.

5. Minimum three of the importance in a study.

6. Maximum five of the importance in a study.

17

Jangan lupa!

 

Penulisan Batasan Kajian

1. Jelaskan batasan bagi setiap satu.

2. Sertakan justifikasi bagi setiap satu.

3. Batasan pemilihan sampel (jika ada).

4. Batasan pemilihan instrument (jika ada).

5. Batasan pemilihan bahan (jika ada).

6. Batasan pemilihan teori (jika ada).

 

18

 

Don’t forget!

 

Writing Limitations of the Study

1. Explain the limitations for each.

2. Include justification for each.

3. Sample selection restrictions (if any).

4. Limitation of instrument selection (if any).

5. Limitations of material selection (if any).

6. Limitations theoretical selection (if any).

 

18

Jangan lupa!

 

Penulisan Definisi Operasional

1. Pilih frasa atau perkataan yang berkait rapat dengan tajuk dan kajian.

2. Pemilihan definisi berkait rapat dengan kajian walaupun tiada dalam tajuk tesis.

3. Jangan beri definisi perkataan seperti kamus.

4. Rujukan tidak wajib dalam bahagian ini.

 

19

 

Don’t forget!

 

Writing Operational Definitions

1. Choose phrases or words that are closely related to the topic and study.

2. The selection of definitions is closely related to the study even though it is not in the thesis title.

3. Do not give definitions of words such as dictionaries.

4. References are not required in this section.

 

19

 

 

 

 

Jangan lupa!

 

Penulisan Organisasi Kajian

1. Penulisan organisasi kajian tidak boleh sama dengan pengenalan bab.

2. Jelaskan dengan tepat dan terperinci.

3. Susunan organisasi seharusnya boleh difahami dengan mudah.

4. Setiap bab dalam perenggan yang baharu.

 

20

 

Don’t forget!

 

Writing of the Research Organization

1. The writing of the study organization cannot be the same as the introduction of the chapter.

2. Explain accurately and in detail.

3. The organization of the organization should be easy to understand.

4. Each chapter in a new paragraph.

 

20

 

 

 

 

Jangan lupa!

 

Penulisan Kesimpulan

1. Simpulkan bab ini dengan menggunakan ayat yang berbeza dengan pengenalan bab.

2. Tidak boleh meniru ayat dalam bahagian pengenalan.

3. Bahagian ini perlu dikupas dengan ringkas.

4. Di akhir ayat perlu sertakan apa yang terkandung dalam bab seterusnya.

 

21

 

Don’t forget!

 

Writing Conclusion

1. Summarize this chapter by using different sentences with chapter introduction.

2. Cannot copy the sentences in the introduction section.

3. This part should be peeled briefly.

4. At the end of the sentence should included what is contained in the next chapter.

 

20



KEHADIRAN M-9

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

 

Teks asal:

Be a better person today and you will find happiness.

Terjemahan Melayu:

Jadilah orang yang lebih baik hari ini dan anda akan memperoleh kebahagiaan.

 Cerita:

Semut Hitam dan Semut Merah haiwan yang rajin bekerja. Mereka sentiasa bekerja bersama-sama. Pada suatu pagi di kawasan besut, kelihatan Kerengge sedang membawa sisa makanan yang besar. Melihat keadaan Kerengge itu, Semut Hitam dan Merah membantu kerengge bersama membawa sisa tersebut hingga ke besut. Semut Hitam dan Merah berasa gembira dapat membantu haiwan-haiwan lain. Setiap hari mereka akan melakukan kebaikan untuk memperoleh keberkatan dan kebahagian dalam kehidupan. (67 patah perkataan)


 

KEHADIRAN M-9

Wednesday, 23 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

 

                       M9 - QUOTATION (2)

                                                                      

                       
                                                                    

 

 NURNINA YUSRINA BINTI M.RADZY@YUSMAN              SABRINA BINTI ABDUL KADIR

                      (197423)                                                                              (199265)

 

1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.

Terjemahan Melayu: Apabila seseorang memarahi anda, berikanlah senyuman dan memohon kemaafan daripada mereka.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum. "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!" kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!" bisik ibu perlahan.

 

 2. Teks Asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.

Terjemahan Melayu: Apabila anda berada di tahap yang paling rendah dalam kehidupan, sentiasa mengingatkan diri bahawa semuanya akan pergi kelak. Merawat sesuatu memerlukan masa.

 

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya alim cepat sembuh. Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap. Alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi. Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik, mereka cuba bercerita dengan alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim tetap kaku.

“Kenapa dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan Alim sambil menangis.

“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.

Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis. Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.

 

 3. Teks Asal: Always be kind to others.

Terjemahan Melayu: Sentiasa membuat baik terhadap orang lain.

 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)

"Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?" tanya Alim kepada ibunya." Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik", sambung Alim lagi.

 

 4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.

Terjemahan Melayu: Sayang dan jagalah diri anda dahulu sebelum merancang untuk sayang dan pelihara orang lain.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah

 

  5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

Terjemahan Melayu: Katakan perkara yang baik, katakan perkara yang mendatangkan faedah dan pastinya akan memperoleh kebahagiaan dalam hidup.

 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.

 

 

6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.

Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai kamu. Saya cumalah seorang manusia biasa.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Alim,mari ibu tolong!,” seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.

“Saya takmahu buat, ibu,” kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya.

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”Begini, perlahan-lahanya!,” bisik ibu perlahan.

Alim tersengih dan cuba menyapu sampah.Akhirnya,dia berjaya menghabiskan kerjanya.

 

 

7. Teks Asal: To me, you are the most precious person in the world.

Terjemahan Melayu: Pada saya, awaklah orang yang paling berharga dalam dunia.

 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)

"Alim, terima kasih beri buah-buahan kepada Sulaiman tadi," kata Mak Cik Timah kepada Alim.

"Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran," jawab Alim sambil menganggukkan kepala.

"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.

"Kenapa Mak Cik Timah sedih?," tanya Alim.

"Mak Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman," kata Mak Cik Timah sambil memandang ke arah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.

"Alim suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim," kata Alim lagi sambil melambai ke Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.

 

 Mak Cik Timah masih memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke ruman. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

 

 8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.

Terjemahan Melayu: Semasa saya melihat kamu, saya akan tersenyum. Sayang saya hanyalah untuk kamu sentiasa.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Kami sayang dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.

Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.

 

 9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.

Terjemahan Melayu: Kebaikan akan mengatakan perkara yang benar.

 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Samaa-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil mengangukkan kepala.

“Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik,” sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.

“Kenapa Mak Cik Timah sedih?,” tanya Alim.

 “Mak Cik Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak Cik Timah sambil memandang kearah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.

 

 10. Teks Asal: Be a better person today and you will find happiness.

Terjemahan Melayu: Jadilah seorang yang lebih baik hari ini dan kamu akan menemukan kebahagiaan.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari,adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain.Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.

“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

“Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.

“Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.

 

 

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



KEHADIRAN M-9