NURNINA YUSRINA BINTI M.RADZY@YUSMAN SABRINA BINTI ABDUL KADIR
(197423)
(199265)
1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile
and ask for forgiveness.
Terjemahan Melayu: Apabila seseorang memarahi anda,
berikanlah senyuman dan memohon kemaafan daripada mereka.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam
seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum. "Anak ibu baik. Anak
ibu rajin. Mari ibu tolong!" kata ibu sambil mengambil penyapu dan
memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!"
bisik ibu perlahan.
2. Teks Asal: When you are
at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away
soon. Time heals.
Terjemahan Melayu: Apabila anda berada di tahap yang paling rendah
dalam kehidupan, sentiasa mengingatkan diri bahawa semuanya akan pergi kelak.
Merawat sesuatu memerlukan masa.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak
bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu
membawa Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya alim cepat
sembuh. Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap. Alim akan tidur di bilik. Alim
tidak akan membaca buku cerita lagi. Abang, kakak dan adik sedih melihat
keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik, mereka cuba bercerita dengan alim
tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim tetap kaku.
“Kenapa dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan Alim sambil
menangis.
“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan
Alim.
Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka.
Mereka juga menangis. Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh. Selang
beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula
membaca buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.
Terjemahan Melayu: Sentiasa membuat baik terhadap orang
lain.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)
"Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan
ini?" tanya Alim kepada ibunya." Ibu dan bapa selalu berpesan
berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang
baik", sambung Alim lagi.
4. Teks Asal: Love and care
for yourself first before you tend to love and care for others.
Terjemahan Melayu: Sayang dan jagalah diri anda dahulu sebelum
merancang untuk sayang dan pelihara orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim
belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan
bapa. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah
Terjemahan Melayu: Katakan perkara yang baik, katakan
perkara yang mendatangkan faedah dan pastinya akan memperoleh kebahagiaan dalam
hidup.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu
dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.
6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.
Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai kamu. Saya cumalah
seorang manusia biasa.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Alim,mari ibu tolong!,” seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan
ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.
“Saya takmahu buat, ibu,” kata Alim sambil menggaru-garu
kepalanya.
Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika.
Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.
“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil
mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”Begini,
perlahan-lahanya!,” bisik ibu perlahan.
Alim tersengih dan cuba menyapu sampah.Akhirnya,dia berjaya
menghabiskan kerjanya.
7. Teks Asal: To me, you are the most precious person in
the world.
Terjemahan Melayu: Pada saya, awaklah orang yang paling
berharga dalam dunia.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)
"Alim, terima kasih beri buah-buahan kepada
Sulaiman tadi," kata Mak Cik Timah kepada Alim.
"Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu
perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah
pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran,"
jawab Alim sambil menganggukkan kepala.
"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik,"
sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.
"Kenapa Mak Cik Timah sedih?," tanya Alim.
"Mak Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana
Alim baik dengan Sulaiman," kata Mak Cik Timah sambil memandang ke arah
Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.
"Alim suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim,"
kata Alim lagi sambil melambai ke Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.
Mak Cik Timah
masih memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke ruman. Mak Cik Timah berdoa
akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.
8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.
Terjemahan Melayu: Semasa saya melihat kamu, saya akan tersenyum.
Sayang saya hanyalah untuk kamu sentiasa.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Kami sayang dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain
serentak. Mereka semua ketawa.
Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim
tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.
9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.
Terjemahan Melayu: Kebaikan akan mengatakan perkara yang
benar.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Samaa-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan
yang baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran,” jawab
Alim sambil mengangukkan kepala.
“Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik,” sebut Mak Cik
Timah dengan wajah yang sedih.
“Kenapa Mak Cik Timah sedih?,” tanya Alim.
“Mak Cik Timah
tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak
Cik Timah sambil memandang kearah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.
10. Teks Asal: Be a better person today and you will find happiness.
Terjemahan Melayu: Jadilah seorang yang lebih baik hari
ini dan kamu akan menemukan kebahagiaan.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Setiap hari,adik beradik Alim akan menolong membuat
kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip
mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas
permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan
setelah bermain.Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.
“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil
memegang bahu Alim.
“Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.
“Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.
Rujukan: Normaliza Abd
Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit UMT.
KEHADIRAN M-9
No comments:
Post a Comment