Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts
Wednesday, 16 December 2020
Friday, 19 June 2020
BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER
PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER
1. Twitter mudah untuk diakses ,pantas ,efisyen dan
membekalkan informasi terkini manakala Facebook ialah satu alat yang berkesan
untuk interaksi pelajaran terutama dalam perbincangan aktiviti .
2. Twitter kelihatan mempunyai lebih aura positif dan kebanyakkannya
digunakan oleh individu yang berpendidikan manakala Facebook digunakan pelajar
sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglihatan lebih luas dalam
proses pembelajaran .
3. Twitter telah membantu ramai orang dengan memudahkan
kerja harian mereka manakala Facebook membantu guru menggabungkan suruhan dalam
talian teknik mengajar konvensional iaitu secara bersemuka dengan jayanya .
4. Twitter juga membantu dalam menggunakan perbendaharaan
kata dan struktur ayat yang betul manakala Facebook memudahkan pembangunan satu
komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris .
5. Twitter membimbing pengguna aplikasi tersebut dengan cara
yang betul manakala Facebook merupakan salah satu alat pembelajaran yang
berpengaruh untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti berasaskan bahasa yang
bermakna dan meningkatkan perkembangan kecekapan berkomunikasi dalam pelajar
bahasa .
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media
Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1
Logo tersebut menceritakan mengenai ikatan kekeluargaan yang erat antara satu dengan lain. Logo tersebut juga menceritakan mengenai keluarga yang bakal menimang cahaya mata baru dan menambah ahli keluarga yang baru. Sesungguhnya keluarga itu tidak ternilai dan tidak mempunyai galang ganti.
[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudata
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu:
Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Thursday, 18 June 2020
BBM3410Satu2020: IMPLIKASI PEDAGOGI
AKTIVITI 1
AKTIVITI 2
AKTIVITI 3
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 5
CERITA SOSIAL 5 : JIRAN
Cerita sosial 5 ini bertemakan jiran. Terdapat beberapa nilai yang telah dikenal pasti melalui cerita ini antaranya ialah rajin. Alim merupakan seorang yang sangat rajin ini dapat dibuktikan kerana dia suka untuk mengemas dan menyusun bukunya setiap hari. Seterusnya nilai yang dapat dilihat ialah pemurah. Sifat pemurah yang dimiliki oleh Alim dapat dilihat melalui perkongsiannya dengan Sulaiman. Nilai terakhir ilah sifat kasih sayang antara ahli keluarga. Hal ini, ketika Alim jatuh sakit seluruh ahli keluarganya mengambil berat tentang keadaan Alim yang kurang sihat itu.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)
ANIMASI DRAMA & FILEM
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor:
Universiti Putra Malaysia
Friday, 12 June 2020
BBM3410Satu2020: AKTIVITI BAB 7 ISU DALAM RNGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4
Cerita sosial 4 ini bertemakan hati. Melalui kisah ini dapat dilihat Alim merupakan seorang yang baik hati. Dapat dilihat melalui sifatnya yang suka berkongsi makanan sempena hari lahirnya. Bukan itu sahaja, Alim juga merupakan seorang yang sangat menghormati orang tua. Hal ini kerana sifatnya yang sentiasa patuh dan mempunyai pertuturan yang baik terutamanya kepada ibunya. Nilai yang seterusnya adalah berdedikasi. Sifat dedikasi ini dapat dilihat daripada guru Alim iaitu cikgu Anis yang berdedikasi terhadap kerja beliau sebagai pendidik. Berikut merupakan 3 nilai yang terdapat pada cerita sosial 4 ini.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana & Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, 7 May 2020
BBM3410Satu2020: BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM PENGGUNA
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3
Terdapat 3 nilai yang dapat diperoleh melalui cerita sosial 3 ini antaranya ialah tolong-menolong, kasih sayang dan rajin. Alim selalu membantu kedua orang tuanya dalam melakukan kerja-kerja rumah dan bukan itu sahaja dia juga suka membantu adik beradiknya. Seterusnya nilai kasih sayang dapat dilihat melalui cerita ini kerana hubungan yang erat antara ibu dan ayah serta adik beradik Alim yang senantiasa sebulat suara dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Akhir sekali, sifat rajin yang ditunjukkan oleh Alim yang selalu membantu ibunya.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)
Terdapat beberapa kepentingan asas grafik. Asas grafik penting bagi menghasilkan grafik yang menarik. Dengan terhasilnya grafik yang menarik maka ianya akan memberi impak serta perhatian kepada yang melihatnya. Seterusnya, asas grafik juga mudah difahami dari segi penghasilannya. Di samping itu, grafik yang terhasil adalah grafik yang mempunyai mesej tertentu dan mesej tersebut perlu sampai kepada audiens. Kepentingan lain adalah perlu ketara agar mudah difahami. Akhir sekali, kepentingan asas grafik adalah untuk mempromosi barangan selain menyampaikan mesej.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim 2019. Multimedia Dalam Bahasa. Selangor
Universiti Putra Malaysia
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim 2019. Multimedia Dalam Bahasa. Selangor
Universiti Putra Malaysia
Friday, 1 May 2020
BBM3410Satu2020:MEDIA SOSIAL : GAMBARAN TERKINI
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)
CERITA SOSIAL 2
Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat 3 nilai yang dapat saya senaraikan. Antaranya ialah Kebersihan, baik hati dan tolong-menolong. Nilai kebersihan dapat dilihat dimana Ibu Alim memesan kepada anak-anaknya untuk membuang sampah ataupun segala sisa buah-buahan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Sesungguhnya, penjagaan kebersihan amatlah penting bagi mengelakkan diri daripada sebarang penyakit mahupun jangkitan yang berbahaya. Selain itu nilai lain yang dapat dilihat ialah baik hati. Dapat dibuktikan sikap baik hati Alim yang ingin berkongsi buah-buahan yang untuk diberi kepada Sulaiman. Sikap baik hati itu sesungguhnya satu sikap yang positif dan satu perbuatan yang mulia. Akhir sekali nilai yang dapat dilihat dalam cerita sosial 2 ini ialah tolong-menolong. Sikap bantu-membantu terutama dalam keluarga mampu mewujudkan keluarga yang harmoni selain mampu berbakti kepada kedua orang tua untuk meringkan beban mereka. Begitulah nilai yang dapat dilihat apabila Alim dan adik beradiknya serta ibunya saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana & Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi.
Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu
Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)
PENGGUNAAN RULE OF THIRDS UNTUK SWAFOTO
Gambar di atas menujukkan siaran yang telah saya muat naik di Facebook untuk menjelaskan dengan lebih terperinci apa itu "Rules Of Thirds". Secara keseluruhan ROT diguna pakai secara menyeluruh untuk penghasilan swafoto yang lebih menarik dan seimbang.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa.Selangor : Universiti Putra Malaysia
Wednesday, 29 April 2020
BBM3410Satu2020: TUGASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI
Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI KESOPANAN
| |
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
|
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Bahagian B:
Ringkasan Cerita Sosial 2:
Berdasarkan Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik. Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: TUGASAN BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA
Bahagian A: Peta Minda tentang Jenis Shot
Bahagian B: Huraian kepentingan Rule of Thirds
Rule of Thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang. Seperti yang sedia maklum, di dalam Rule of Thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan di tepi laut. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan laut yang dipenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, Rule of Thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. Sebagai contoh, seorang lelaki yang sedang berdiri di pondok bas bersama rakan-rakannya untuk pergi ke sekolah. Lelaki itu terletak betul-betul pada titik kuasa yang menunjukkan bahawa lelaki itu merupakan subjek utama dalam gambar. Seterusnya dapat dilihat jalan raya yang penuh dengan kenderaan kelihatan luas di arah berlawanan dengan subjek utama. Namun, kenderaan yang ada dalam gambar itu tidak mengenai titik kuasa seperti mana yang dapat dilihat pada subjek utama. Oleh itu, Rule of Thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.
RUJUKAN :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: PENGENALAN BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI
Pengenalan Bab 2 :
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian:
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian:
Menerusi Normaliza Abd Rahim (2014) dapat dilihat bahawa golongan muda masa kini terutamanya pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengarang sebuah cerita. Apabila seseorang individu itu mengarang sebuah cerita, mereka dapat mengembangkan lagi idea dan memperkukuhkan lagi penggunaan kosa kata yang betul serta struktur ayat yang benar. Mereka ini dapat membina keyakinan diri dengan menulis sebuah cerita di media sosial seperti di laman Twitter. Penggunaan laman sosial yang meluas dalam kalangan pelajar dapat mendorong mereka untuk lebih menggunakan platform tersebut untuk berkongsi cerita. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat mereka untuk menulis. Halangan paling besar ialah diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka kurang keyakinan diri dan terlalu takut akan pandangan masyarakat terhadap penulisan mereka. Oleh itu, mereka lebih memilih untuk tidak menulis sebuah cerita di laman sosial.
Selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.
RUJUKAN :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: TWITTER (Cerita Pendek)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum kepada pensyarah tercinta bagi subjek BBN 3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer iaitu Prof Dr Normaliza yang telah banyak...
-
PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malay...
-
1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person. Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat daripada pandangan mata anda, anda ...





























