TEKS ASAL
Elemen Asas Grafik
1. Mudah
Misalnya:
Sekeping foto sebuah basikal
berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto
tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah.
2. Warna
Misalnya:
Sekeping foto sebuah kereta
yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau.
Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai
tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan.
3. Teks
Misalnya:
Iklan telefon bimbit disertai
dengan teks “Nipis dan Ringan” memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh
itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis
font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.
4. Kesesuaian
Misalnya:
Foto tiga orang kanak-kanak
sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak
berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir
gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto
tersebut “Suasana di kampung saya”.
5. Keseimbangan
Misalnya:
Ruang sebelah kiri gambar
terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di
sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah
kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru
manakala di sebelah bawah pula terdapat
padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan
rumput berwarna hijau yang luas.
TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS
Element of Graphic
1. Simple
For example:
A photo of a red bike parked
at the house yard. Someone who looks at the photo will understand that the
photo is a red bike.
2. Colour
For example:
A photo of a blue car and
accompanied by a green tree in the back. There are also bluish cloud colors. This
photo is clearly interesting because it has three colors that stand out and
focus on cars, trees and clouds.
3. Text
For example:
Mobile phone ads accompanied
by the text "Thin and Light" give a perception about the phone.
Therefore, the text should be written in large numbers using attractive font
types so that users are interested in buying them.
4. Suitability
For example:
A photo of three children
playing in the house yard of a village. Children barefoot as well as the faces
of children who are laughing. The sky is almost dark which shows the atmosphere
of the evening. There is a caption under the photo "Atmosphere in my
village".
5. Balance
For example:
In the space to the left of
the picture there are five large trees balanced with a village house to the
right of the picture. Thus, five large trees are balanced with the village
house. At the top of the picture there is a wide blue cloud while at the bottom
there is a wide green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green
grass.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment