M11- TERJEMAHAN VIDEO (4)
4. Batasan Kajian ( Bab 1 ) #JomTulisTesis
Jadi, sambung dalam bab 1. Kita
ada 1.7 iaitu batasan kajian. Pelajar juga sering buat silap dalam bahagian
ini. Jadi, biasanya saya cadangkan dalam penulisan batasan kajian ini, anda
boleh buat dalam bentuk jadual pada mulanya. Dalam jadual ini, ada dua bahagian
iaitu batasan kajiannya dan justifikasi. Batasan kajian ini ialah kita ingin
menyatakan justifikasi tersebut. Anda perlu nyatakan mengapa anda memilih
sampel tersebut, mengapa anda memilih instrumen tersebut, mengapa anda buat
soal selidik. Jadi, contohnya, anda meletakkan batasan kepada 20 orang pelajar
SK Serdang. Jadi, berikan justifikasi mengapa anda memilih 20 orang pelajar
ini. Kemudian, 20 orang pelajar tadi anda tulis pelajar yang berusia 9 tahun.
Mengapa anda memilih 20 orang pelajar SK Serdang? Mengapa bukan 30 orang?
Mengapa bukan 21 orang? Mengapa bukan 19 orang? Berikan justifikasi. Mengapa SK
Serdang? Mengapa bukan sekolah di Perlis? Mengapa bukan sekolah di Terengganu?
Anda perlu berikan justifikasi. Biasanya, batasan kajian ini diambil daripada
metodologi. Daripada metodologi tentang sampel atau responden, lokasi kajian
atau anda menggunakan buku teks bahasa Melayu tingkatan 5. Mengapa anda memilih
bahan-bahan tersebut? Berikan justifikasi. Dalam bahagian justifikasi ini, anda
boleh letak ayat. Misalnya, anda mempunyai rujukan seperti Normaliza Abd Rahim
(2019) mengatakan bahasa … memang boleh meletakkan 20 orang pelajar…. Tetapi
justifikasi tersebut perlulah ringkas dan ditulis dalam bentuk jadual.
Kemudian, anda huraikan. Sekiranya anda menggunakan temubual, kenapa
justifikasi itu? Kadang-kadang, orang tak letak sebab dah sememangnya tahu
untuk buat temubual tidak perlu letak. Yang penting adalah siapa sampelnya,
mengapa umur 9 tahun, mengapa lokasi itu, mengapa tidak dibuat di negeri lain
contohnya. Huraikan satu per satu berserta ulang justifikasi dengan ayat yang
panjang. Jadi, hurailah dengan lebih jelas dan lebih panjang lebar supaya tidak
ada persoalan daripada pemeriksa. Jadi, apabila ada justifikasi, pemeriksa
dapat baca jadual dan faham mengapa anda berbuat justifikasi sedemikian. Contohnya, novel bertajuk Salina. Mengapa
novel Salina? Mengapa bukan novel-novel lain yang ada di pasaran DBP? Jadi,
anda berikan justifikasi novel tersebut misalnya kerana novel tersebut telah
memenangi anugerah … ataupun ianya menjadi buku teks tingkatan 5 pada tahun…
contohnya. Jadi, anda letakkan justifikasi tersebut. Pastikan justifikasi
berdasarkan batasan kajian itu. Jadi, semuannya perlu ada justifikasi dalam
bentuk jadual dan huraikan di bawah jadual tersebut supaya ia lebih jelas.
Apabila jelas, sememangnya tiada persoalan daripada pemeriksa. Dan juga dalam
bahagian ini anda perlu ada penanda wacana supaya Nampak sebagai penulisan
akademik. Itu adalah perkara yang amat penting. Jangan lupa batasan kajian.
TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS
4. Limitations of the Study ( Chapter 1 )
#LetsWriteAThesis
So, continue in chapter 1. We
have 1.7 which is the limit of the study. Students also often make mistakes in
this section. So, usually I suggest in writing the limitations of this study,
you can make it in table form at first. In this table, there are two parts,
namely by the limitations of the study and justification. The limitation of
this study is that we want to state the justification. You need to state why
you chose the sample, why you chose the instrument, why you created the
questionnaire. So, for example, you put a limit on 20 students of SK Serdang.
So, justify why you chose these 20 students. Then, you wrote 20 students who
are 9 years old. Why did you choose 20 SK Serdang students? Why not 30 people?
Why not 21 people? Why not 19 people? Give justification. Why SK Serdang? Why
not a school in Perlis? Why not a school in Terengganu? You need to provide
justification. Usually, the limitations of this study are taken from the
methodology. Methodology of the responders, the location study or your use of
the Malay language textbook level 5. Why did you choose these materials? Give
justification. In this justification section, you can place sentences. For
example, you have a reference like Normaliza Abd Rahim (2019) says language can
indeed put 20 students…. But the justification must be concise and written in
tabular form. Then, you elaborate. If you use an interview, why the
justification? Sometimes, people do not put because they already know to do the
interview do not need to put. What matters is who the sample is, why it is 9
years old, why the location is, why it is not made in other countries for example.
Explain one by one along with re-justification with a long sentence. So,
explain more clearly and at length so that there is no question from the
examiner. So, when there is justification, the examiner can read the schedule
and understand why you made such a justification. For example, a novel entitled
Salina. Why Salina's novel? Why not other novels available in the DBP market?
So, you give justification for the novel for example because the novel has won
the… award or it became a form 5 textbook in… for example. So, you put that
justification. Make sure the justification is based on the limitations of the
study. So, everything needs to be justified in the form of a table and describe
it under the table so that it is clearer. When it is clear, there is no
question from the examiner. And also in this section you need to have discourse
markers to appear as academic writing. That is a very important thing. Do not
forget the limitations of the study.
RUJUKAN
Pautan video: https://www.youtube.com/watch?v=oywLQj4vNXM
BUKTI SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL PROF
No comments:
Post a Comment