Friday 14 February 2020

BBM 3410satu2020: Tentang Diri













Assalamualaikum, Hi i'm back after sekian lama tinggalkan blog hehe. Saya Sabrina binti Abdul Kadir ,paling senang nak panggil nama saya singkatkan je pegi Ina, Bina ha ikutla mana-mana yang senang. Saya berumur 21 tahun. Saya berasal dari Tawau, Sabah. Kini saya berada di tahun kedua pengajian di Universiti Putra Malaysia dan berusaha untuk menamatkan pengajian saya dengan tempoh pengajian yang berbaki tidak kurang setahun setengah lagi. Saya sekarang menuntut dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya mempunyai hobi yang banyak tapi yang kerap saya lakukan adalah mengisi masa lapang saya dengan menghabiskan drama-drama korea mahupun cerita Inggeris.

Saya juga merupakan orang yang suka berkongsi mengenai diri saya kepada platform-platform seperti blog. Dengan adanya blog saya lebih selesa untuk berkongsi luahan hati perasaan dan apa yang tersimpan. Penghasilan blog banyak memberikan impak yang positif juga sebenarnya bagi mereka yang tidak suka berkongsi masalah mahupun apa-apa cerita untuk di kongsi secara terang-terangan kepada umum atau secara bersemuka.

Btw, jangan segan dan silu dengan saya, sabrina baik je orangnya hehe kalau kenal nanti tau la macam mana. Kata orang tak kenal maka tak cinta right? ;) .

No comments:

Post a Comment