Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020:KELUARGA SAYA

Saya mempunyai keluarga yang harmoni dan bahagia namun tidak lari daripada sebarang salah faham dan pergaduhan kecil namun itu sudah menjadi lumrah bagi setiap keluarga tapi bak kata pepatah melayu "air yang dicincang tidak akan putus". Saya mempunyai Ibu yang cantik dan tegas sesungguhnya dan berumur 48 tahun. Tidak dilupa juga saya mempunyai hero dan 'bodyguard' yang sangat kacak dan penyayang iaitu ayah yang kini menjangkau usia di 50 tahun. Ibu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa . Oleh itu, ketiga-tiga kami adik-beradik semuanya rapat dengan ibu dan susah untuk menjarakkan diri antara satu sama lain sehingga. Untuk pengetahuan semua saya berasal dari Tawau, Sabah dan mempunyai darah campuran dari negara jiran iaitu Indonesia. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Saya mempunyai kakak dan adik perempuan. Kami mempunyai perbezaan umur yang sangat jauh dimana kakak saya tahun ini berumur 28 tahun , manakala saya berumur 23 tahun dan yang bongsu baru berumur 5 tahun. Ketiga-tiga kami dibesarkan oleh Ibu dan Ayah dan ketiga-tiga menetap di rumah dari kecil lagi. Setakat ini saya dan kakak sepanjang zaman persekolahan tidak pernah lagi di hantar ke asrama dan hanya bersekolah harian biasa sahaja. Tiga tahun lepas, kakak telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Negeri Sembilan dan kini telah pun mempunyai seorang cahaya mata. Manakala saya kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dan yang bongsu sedang memulakan pra sekolahnya di sebuah sekolah islamiah. Ibu dan Ayah kini hanya tinggal bertiga bersama si bongsu dan seperti biasa rumah akan lengkap bila raya dan semasa saya cuti semester dan waktu di mana kakak pulang bercuti selain dari waktu raya. Sekian saja pengenalan ringkas mengenai keluarga saya yang tercinta ;).



No comments:

Post a Comment