Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminatdalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, keseseuaian dan keseimbangan.


  1. Mudah
    Mudah yang dijelaskan adalah suatu paparan tersebut dapat difahami dengan mudah tanpa kekeliruan. Contohnya gambaran makanan, dimana kita dapat menjelaskan sekali pandang bahawa apa yang cuba diterangkan dalam paparan tersebut memfokuskan makanan.
  2. Warna
    Warna yang dimaksudkan adalah gambaran yang terdapat dalam foto mahupun video yang meliputi paparan tersebut. Warna perlu seimbang dalam suatu paparan dimana warna sebaik-baiknya tidak melebihi 3 warna. Warna juga perlulah seiring dengan keseuaian mesej yang cuba disampaikan.
  3. Teks
    Teks merujuk kepada jenis dan saiz font dalam sesuatu paran foto mahupun video. Teks perlulah jelas dan mudah difahami agar mesej yang cuba disampaikan dapat difahami dengan mudah dan tidak mengelirukan.
  4. Keseseuaian
    Keseseuaian yang dimaksudkan adalah dalam sesuatu paparan perlu sesuai dari segi latar tempat, waktu dan masa. Setiap bahan perlu berkait antara satu sama lain.Misalnya pemandangan tepi laut yang gelap bermaksud waktu mnjelang senja.
  5. Keseimbangan
    Keseimbangan yang dijelaskan dalam setiap paparan perlulah seimbang dari segi pandangan atas dan bawah dan juga ruang kiri serta kanan seimbang sama ada ruang tersebut berat atau kosong.

    Rujukan
    Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor.



No comments:

Post a Comment