M11 – HURAIAN TESIS
Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat
sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).
Huraian: Penulisan tesis haruslah dihasilkan dengan asli
tanpa meniru mana-mana artikel atau buku. Rujukan boleh dibuat daripada
sumber-sumber ilmiah, namun perlu menghuraikannya dengan ayat sendiri.
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat
penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
Huraian: Penulisan tesis perlu disemak dahulu menggunakan
turnitin atau alat yang lain bagi mengelakkan plagiat dalam tesis yang
dihasilkan sebelum dihantar kepada penyelia atau jurnal.
3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak
merujuk rujukan sekunder.
Huraian: Pelajar perlu menggelakkan daripada merujuk kepada
rujukan sekunder. Hal ini demikian kerana pelajar perlu meletakkan rujukan yang
utama, jika dia membaca atau merujuk daripada satu kajian yang menggunakan
rujukan daripada kajian yang lain. Sekiranya pelajar menggunakan rujukan
daripada sesebuah kajian tetapi tiada dalam senarai rujukan di akhir penulisan
tesis, ia dikira sebagai plagiat.
4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami
tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).
Huraian: Penulisan tesis perlu merujuk kepada artikel
terkini sekurang-kurangnya 50 artikel berkenaan kajian dan anggaran 5 tahun
sebelum. Hal ini kerana artikel terkini masih menggunakan segala infomasi dan
pemahaman terhadap kajian yang masih relevan untuk pelajar gunakan sebagai
rujukan.
5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input
tentang kajian yang berkaitan.
Huraian: Seminar atau persidangan membantu pelajar atau
individu yang ingin menghasilkan penulisan tesis. Hal ini sedikit sebanyak
dapat memberi gambaran kepada mereka tentang kajian yang ingin dijalankan.
6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang
dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar
bukan pakar dalam bidang.
Huraian: Pelajar haruslah mendapatkan nasihat daripada
mereka yang lebih pakar dan arif dalam penulisan tesis bagi mengelakkan
daripada berlakunya kesalahan. Hal ini kerana pelajar lain hanya mengetahui
tentang bidang kajian mereka sahaja dan bukan bidang kita.
7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman),
Bab 2 (30 halaman-bacelor dan Master; 50 halaman-PhD), Bab 3 (10-12 halaman),
Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian: Jumlah halaman dalam penulisan tesis perlu dititik
beratkan oleh pelajar. Pelajar disarankan untuk menghasilkan penulisan tesis
mengikut halaman yang ditetapkan. Hal ini bagi mengelakkan penulisan tesis
mereka kurang pengisian dan kurang memberangsangkan.
8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang
maksimum 80 halaman (bachelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (Phd).*Tertakluk
kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.
Huraian: Syarat yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan
penulisan tesis salah satunya adalah jumlah keseluruhan halaman tesis tetapi
bertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.
9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh
pengajian.
Huraian: Perancangan perlu dibuat supaya penulisan tesis
yang dijalankan dalam keadaan yang teratur dan terkawal. Sekiranya pelajar
gagal membuat perancangan yang terbaik, berkemungkinan akan menjejaskan hasil
penulisan tesis.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment