Prof Dr Normaliza
mempunyai seorang anak lelaki bongsu yang bernama Alim. Alim dibesarkan di UK
kerana Ibunya telah melanjutkan pengajian di sana selama 6 tahun. Alim tidak
begitu fasih dengan Bahasa Melayu. Setibanya Alim di Malaysia dia masih tidak
dapat membaca dan lebih kurang dalam 6 bulan juga untuk Alim diajar membaca.
Alim juga dimasukkan ke kelas pemulihan untuk diajar membaca dan mengenal
setiap perkataan. Kini Alim sudah mencecah 24 Tahun dan telah melanjutkan
pengajiannya ke UiTM. Pada suatu hari, Prof menyuruh Alim pergi ke pejabat pos
untuk mengepos surat ke Singapura. Alim perlu membeli setem untuk ditampal di
surat tersebut. Alim sedaya upaya mengopek belakang setem kerana menyangka ada
pelekat dibelakangnya. Namun, selepas dia menelefon Prof sendiri, Prof
menyatakan bahawa setem itu hanya perlu dibasahkan sahaja lalu menampalkannya.
Akhirnya, Alim berjaya melakukannya.
KEHADIRAN MINGGU 4
No comments:
Post a Comment