Thursday, 7 May 2020

BBM3410Satu2020: BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM PENGGUNA



RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Terdapat 3 nilai yang dapat diperoleh melalui cerita sosial 3 ini antaranya ialah tolong-menolong, kasih sayang dan rajin. Alim selalu membantu kedua orang tuanya dalam melakukan kerja-kerja rumah dan bukan itu sahaja dia juga suka membantu adik beradiknya. Seterusnya nilai kasih sayang dapat dilihat melalui cerita ini kerana hubungan yang erat antara ibu dan ayah serta adik beradik Alim yang senantiasa sebulat suara dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Akhir sekali, sifat rajin yang ditunjukkan oleh Alim yang selalu membantu ibunya.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)



Terdapat beberapa kepentingan asas grafik. Asas grafik penting bagi menghasilkan grafik yang menarik. Dengan terhasilnya grafik yang menarik maka ianya akan memberi impak serta perhatian kepada yang melihatnya. Seterusnya, asas grafik juga mudah difahami dari segi penghasilannya. Di samping itu, grafik yang terhasil adalah grafik yang mempunyai mesej tertentu dan mesej tersebut perlu sampai kepada audiens. Kepentingan lain adalah perlu ketara agar mudah difahami. Akhir sekali, kepentingan asas grafik adalah untuk mempromosi barangan selain menyampaikan mesej.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim 2019. Multimedia Dalam Bahasa. Selangor
Universiti Putra Malaysia


Friday, 1 May 2020

BBM3410Satu2020:MEDIA SOSIAL : GAMBARAN TERKINI

BAB 1 MEDIA SOSIAL 



Aktiviti 1 

Aktiviti 2 







Aktiviti 3 


RUJUKAN :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !! Media Sosial.
Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

CERITA SOSIAL 2





Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat 3 nilai yang dapat saya senaraikan. Antaranya ialah Kebersihan, baik hati dan tolong-menolong. Nilai kebersihan dapat dilihat dimana Ibu Alim memesan kepada anak-anaknya untuk membuang sampah ataupun segala sisa buah-buahan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Sesungguhnya, penjagaan kebersihan amatlah penting bagi mengelakkan diri daripada sebarang penyakit mahupun jangkitan yang berbahaya. Selain itu nilai lain yang dapat dilihat ialah baik hati. Dapat dibuktikan sikap baik hati Alim yang ingin berkongsi buah-buahan yang untuk diberi kepada Sulaiman. Sikap baik hati itu sesungguhnya satu sikap yang positif dan satu perbuatan yang mulia. Akhir sekali nilai yang dapat dilihat dalam cerita sosial 2 ini ialah tolong-menolong. Sikap bantu-membantu terutama dalam keluarga mampu mewujudkan keluarga yang harmoni selain mampu berbakti kepada kedua orang tua untuk meringkan beban mereka. Begitulah nilai yang dapat dilihat apabila Alim dan adik beradiknya serta ibunya saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

RUJUKAN : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana & Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi.
Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

PENGGUNAAN RULE OF THIRDS UNTUK SWAFOTO





Gambar di atas menujukkan siaran yang telah saya muat naik di Facebook untuk menjelaskan dengan lebih terperinci apa itu "Rules Of Thirds". Secara keseluruhan ROT diguna pakai secara menyeluruh untuk penghasilan swafoto yang lebih menarik dan seimbang.




RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa.
Selangor : Universiti Putra Malaysia





























Wednesday, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: TUGASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI

Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)





Bahagian B:



Ringkasan Cerita Sosial 2:



Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.








RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu