Thursday, 7 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU TERJEMAHAN VIDEO(2)

 

M11 - TERJEMAHAN VIDEO (2)



2. Penyataan Masalah / Masalah Kajian ( Bab 1 ) #JomTulisTesis

 

Jadi, bab 1 kita teruskan dengan 1.3 penyataan masalah. Dalam penyataan masalah, biasanya pelaja rmempunyai masalah. Bagaimana ingin menulis penyataan masalah ini sangat kritikal dan sangat penting. Kadang-kadang pelajar buat penyataan masalah sehingga 10 halaman, pelajar menghadapi masalah untuk menghuraikan penyataan masalah. Apabila dibaca, tiada langsung penyataan masalah. Jadi, berhati-hati dan pelajar juga sering menulis penyataan masalah yang mereka rasakan. Macam saya dapati bahawa pelajar tidak pandai mengira satu sehingga sepuluh. Kita perlu ada rujukan. Rujukan merupakan perkara yang penting. Maknanya, kita perlu rujuk siapa yang mempunyai kajian, yang menunjukkan bahawa ada masalah dalam kajian tersebut ataupun kenyataan daripada “Normaliza Abd Rahim (2019) mendapati bahawa pelajar kurang berminat untuk mendengar cerita berbentuk …”. Jadi, itu sudah menunjukkan perkara yang negatif. Huraian daripada kajian Normaliza Abd Rahim itu mendapati bahawa 5 pelajar didapati tidak boleh menggunakan kata kerja dalam penulisan karangan, contohnya. Sekiranya anda dapati huraian tersebut adalah sedikit, kemudian masalah Normaliza Abd Rahim itu tadi disokong oleh kajian yang oleh Nur Maisarah Roslan (2019) yang mendapati bahawa pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kerja dalam membina soalan, contohnya. Jadi, ada yang menyokong kajian itu. Dua kajian ini menyokong bahawa timbulnya masalah tersebut. Maka, perkara itulah yang menunjukkan masalah huraian tersebut. Biasanya pelajar buat contoh kajian itu tentang kata kerja misalnya, kajian anda adalah mengenai kata adjektif. Jadi, anda boleh membuat kajian Normaliza Abd Rahim yang tidak berfokus kepada kajian tentang kata adjektif. Itu yang dikatakan penyataan masalah dan perkara itu salah dan serta tidak boleh dilakukan. Seolah-olah pelajar mengatakan bahawa pengkaji tersebut hanya buat kata kerja sebab dia berfokus kepada kajian kata kerja, tetapi anda tidak boleh mengatakan bahawa pengkaji tersebut tidak buat kajian mengenai kata adjektif. Hal ini kerana pengkaji itu tidak mengkaji kata adjektif kerana pengkaji itu berfokus kepada kata kerja. Jadi, ianya salah. Oleh itu, huraian dalam bahagian ini seperti yang saya katakan tadi, perlulah ada ayat yang dinyatakan oleh pengkaji tersebut dalam artikel. Jadi, penyataan masalah ini terbahagi kepada objektif, kalau contohnya objektif ada dua, perlunya ada dua perenggan dalam bahagian ini. Sekiranya objektif ada tiga, maknanya perlu ada tiga perenggan. Jadi, huraian dalam bahagian ini perlunya ada huraian daripada kajian dan disokong oleh sesiapa. Kemudian, pada penghujung ayat tersebut, contohnya “Justeru, kajian ini ingin mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi…”. Jadi, itu adalah kajian menurut orang tersebut. Sama juga seperti situasi tadi. Kajian ini didapati ada masalah kajian dalam tesis ini. Makna pelajar tidak boleh mengenal pasti kata adjektif, contohnya. Justeru, kajian ini ingin menganalisis kata adjektif yang terdapat dalam penulisan karangan kanak-kanak. Contohnya, penyataan masalah ketiga. Menurut Nor Widad Roslan (2019), pelajar didapati tidak berminat dan tidak boleh mengira nombor satu sehingga dua puluh, contohnya. Justeru, kajian ini ingin menganalisis pengiraan ataupun aktiviti pelajar dalam mengira nombor dari satu hingga dua puluh. Jadi, anda perlu kaitkan hujung ayat perenggan itu dengan objektif. Maka, barulah ada penyataan masalah berkaitan dengan objektif anda. Rujukan dalam penyataan masalah ini perlulah lima tahun ke belakang. Anda tidak boleh mengambil penyataan masalah daripada kajian-kajian yang lama kerana anda perlu faham bahawa kajian yang dijalankan pada masa kini semuanya sudah berbeza dengan mempunyai pelbagai teknik dan berada di dunia digital. Dalam dunia digital sekarang, budak-budak lebih kehadapan sebab wujudnya dunia digital. Kini, masin-masing mempunyai telefon mudah alih, telefon bimbit. Kadang-kadang telefon mereka lebih mahal daripada kita. Jadi, pastikan penyataan masalah ini betul. Tidak perlu tulis dengan panjang lebar kerana apa yang terdapat rujukan dalam tiga perenggan tersebut, semuanya ada huraian yang lebih panjang lebar dalam bab 2. Jadi, penyataan masalah nama-nama rujukan tersebut mesti ada dalam bab 2. Tidak boleh ada nama dalam penyataan masalah tetapi tiada dalam bab 2. Maknanya, perlulah ada rujukan ini (bab 1.3), nama yang anda sorot di sini, perlulah ada dalam bab 2. Pastikan penyataan masalah ini ditulis dengan betul. Perkara ini amat penting. Jadi, biasanya pelajar didapati bahawa agak sukar untuk menulis penyataan masalah. Sekarang, apabila dah belajar bahagian ini, sudah tiada masalah.

 

 

 

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

 

2. Problem Statement ( Chapter 1 ) #LetsWriteAThesis

 

So, for chapter 1, we continue with 1.3 which is problem statement. In problem statement, students usually have problems. How to write a statement of this problem is very critical and very important. Sometimes students make a problem statement up to 10 pages, students have trouble to describe the problem statement. When read, there is no problem statement at all. So, be careful and students also often write statements of problems they feel. Like I found that students are not good at counting one to ten. We need a reference. References are important. That is, we need to refer to who has the study, which shows that there is a problem in the study or a statement from "Normaliza Abd Rahim (2019) found that students are less interested in hearing stories … ". So, that already shows negative things. The description from Normaliza Abd Rahim's study found that 5 students were found not to be able to use verbs in essay writing, for example. If you find that the description is small, then the problem of Normaliza Abd Rahim was supported by a study by Nur MaisarahRoslan (2019) who found that students cannot identify verbs in constructing questions, for example. So, there are those who support the study.These two studies support the emergence of such problems. So, that is what shows the problem of the description. Usually, students make an example of that study about verbs for example, your study is about adjectives. So, you can make a study of Normaliza Abd Rahim that does not focus on the study of adjectives. That is to say the statement of the problem and the matter is wrong and as well as cannot be done. It is as if the student says that the researcher is only making verbs because he is focused on the study of verbs, but you cannot say that the researcher is not doing research on adjectives. This is because the researcher does not study adjectives because the researcher focuses on verbs. So, it is wrong. Therefore, the description in this section as I said earlier, there must be a sentence stated by the researcher in the article. So, the statement of this problem is divided into objectives, if for example the objective has two, there must be two paragraphs in this section. If there are three objectives, then there must be three paragraphs. So, the description in this section needs to have a description from the study and supported by anyone. Then, at the end of the sentence, for example "Thus, this study wants to identify the textual discourse of the animated script…". So, that is a study according to that person. Same as the situation earlier. This study found that there are research problems in this thesis. Meaning students cannot identify adjectives, for example. Therefore, this study would like to analyze the adjectives found in children's essay writing. For example, the third problem statement. According to Nor WidadRoslan (2019), students are found not interested and cannot count the numbers one to twenty, for example. Therefore, this study wants to analyze the calculation or activity of students in counting numbers from one to twenty. So, you need to associate the end of the paragraph with the objective.Then, there is a statement of problems related to your objectives. References in the statement of this problem should be five years later. You cannot take the problem statement from the old studies because you have to understand that the research conducted today is all different with having various techniques and being in the digital world. In today's digital world, children are more advanced because of the existence of the digital world. Now, each of them has a mobile phone, a cell phone. Sometimes their phones are more expensive than ours. So, make sure the statement of this problem is correct. There is no need to write at length because what is referenced in the three paragraphs, all have a longer description in chapter 2. So, the problem statement of the reference names must be in chapter 2. There can be no name in the problem statement but not in chapter 2. That is, there must be this reference (chapter 1.3), the name you highlight here, must be in chapter 2. Make sure the statement of this problem is written correctly. This is very important. So, usually students find that it is quite difficult to write a problem statement. Now, having studied this section, there is no problem.

 

 

RUJUKAN

Pautan video: https://www.youtube.com/watch?v=9eGx4GgpLb4&t=26s


Bukti subcribe Prof



Bukti Kehadiran Minggu 11




BBN3402SATU2020: MINGGU TERJEMAHAN VIDEO(1)

M11 - TERJEMAHAN VIDEO (1)



1. Pengenalan/Pendahuluan & Latar Belakang Kajian ( Bab 1 ) #JomTulisTesis

 

Bab 1, iaitu bab bahagian pendahuluan atuapun kadang-kadang pelajar tulis sebagai bab pengenalan. Boleh sahaja. Yang mana satu pun boleh. Nak letak pendahaluan pun boleh, nak letak pengenalan pun boleh. Jadi bab ini,kalau kita tengok dalam buku ini, kita ada banyak subtopik, ya. Subtopik kita pengenalan. Pengenalan sama dengan semua bab, iaitu kita memperkenalkan apa yang ada dalam bab tersebut. Dengan latar belakang, permasalahan kajian, persoalan, objektif, kepentingan, batasan, definisi operasional, organisasi kajian dan kesimpulan. Okay. Jadi kita seperti biasa, kita akan masuk 1.1; Pengenalan. Jadi dalam bahagian pengenalan ini, kita akan memperkenalkan apa yang ada dalam bab ini. Tapi kadang-kadang, saya dapati pelajar tulis pengenalan ini dalam lebih kurang dua hingga 3 halaman, macam itu. Tapi, nama pun pengenalan. Pengenalan kalau kita letak panjang lebar akan jadi latar belakang. Kadang-kadang pengisian dalam pengenalan itu, kita dapati adalah seperti sorotan kajian. Dia letak pula kajian di situ. Jadi itu, kita kena pastikanya, kita Cuma nak memperkenalkan, mungkin kita kenalkan apa keseluruhan tesis tersebut. Serupa juga macam kita buat bab 5: penutup. Kita hendak tutup seluruh tesis. Jadi pengenalan kita hendak memperkenalkan apa yang tentang kajian dalam tesis ini, ya. Jadi misalannya awak tidak mahu buat begitu, awak boleh buat pengenalan dalam satu perenggan pun tidak mengapa. Apa yang ada dalam bab pengenalan, bab 1 ini sahaja. Jadi terpulang kepada pelajar,ya. Tapi pastikan tidak seperti sorotan kajian, dan tidak seperti latar belakang. Kerana kita ada subtopik; latar belakang. Jadi dalam latar belakang ini sebenarnya, kalau kita lihat seperti sejarah, ataupun, kita hendak memperkenalkan, kita hendak buat kajian tentang Instagram, jadi maksudnya kita letaklah, bilakah Instagram bermula, siapa memperkenalkannya, letak tahun. Kemudian datang Malaysia bila, bagaimana bentuk Instagram ...semua ada dalam ini. Ciri-ciri Instagram. Semua ada dalam ini, tetapi mesti ada rujukan. Nama pun latar belakang, nama pun sejarah, perlulah ada rujukan. Kalau tiada rujukan tidak boleh lah. Janganlah awak kata menurut...tiada menurut pun. Dia buat sahaja sampai, 3-4 halaman langsung tiada rujukan. Seolah-olah dia yang buat latar belakang itu. Itu salah!. Maknanya setiap perenggan yang dihuraikan dalam latar belakang perlu ada rujukan. Jadi kalau hendak letakkan bila bermulanya Instagram, siapa mulakan nya....dia tak letak pula tahun bila…dan di ambil dari laman web yang mana…jadi kena ada rujukan. pentingnya latar belakang. Jadi latar belakang ini menunjukkan …kalau kita sebagai pemeriksa baca..kita lihat bahawa ..“okay tentang latar belakang twitter, contohnya macam ni, macam ni“ . Datang ke Malaysia,ini..apa kandungandi twitter?, apa ciri-ciri dia?, apa semua itu, barulah saya sebagai pemeriksa faham...“Oh kajian nya begini. Oh kajian yang hendak di buat begitu…jadi masukkan dalam latar belakang…tetapi ingat...bahawa latar belakang ini bukan sorotan kajian. Jangnalah awak masuk menurut Normaliza Ibrahim (2019)…,Twitter ini menjalankan kajian tentang..blablabla. Itu dah serupa sorotan kajian. Jadi hati-hati. Jadi dalam latar belakang kita boleh letak lebih kurang...kita boleh letaklah dalam 2 hingga 3 halaman. Kalau lebih...ada pelajar letak latar belakang sampai 10-20 halaman. Itu tidak boleh...itu sudah jadi...baiklah jadi buku sejarah...ya...tidak perlu..kitaperlu latar belakang yang serba ringkas...supaya pemeriksa faham..yang saya katakan...pemeriksa kata..“Oh pelajar hendak buat latar belakang kajian begini rupanya..begitu rupanya“.Jadi ini amatlah penting.Jadi,pastikan ada rujukan. Dalam latar belakang ini tidak perlulah kita kata lima tahun kebelakang...sebab namanya pun sejarah...kalau sejarah, maknnya sudah bertahun lama-lama. Maknanya latar belakang ini tidaklah terhad. Rujukan 5 tahun kebelakang. Jadi rujukan inibila-bilalah. Tentang bila ditubuhkan itu tiada masalah. Boleh letak dalam latar belakang.Tetapi pastikan ia …daripada..contohnya dia buat tentang Twitter itu tadi. Latar belakang Twitter itu tadi…kemudian pastikan awak menjurus kepad akhirnya….kepada kajian awak ini. Jadi mula-mulacara meluas, kemudian meluas…tentang siapa mulakan,apa semua…kemudian menjurus-mejurus….akhirnya hampir kepada kita punya kajian. Itulahnamanya latar belakang kajian. Mestilah berkaitan dengan kajian kita,ya.

 

 

 

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

 

1. Introduction & Background of the Study ( Chapter 1 ) #LetsWriteAThesis

 

Chapter 1, that is, a section of introduction or sometimes students write as an introductory section. That’s fine. Which ever is fine. Either write it as introduction, or intro, that’s fine. So in this chapter, if we look into this book, we have a lot of subtopics, alright. Our subtopic; introduction. Same goes to the other chapter, which that we introduce what was in that chapter. That’s include the background, problem statement, research question, objective, the significant of the study, limitation, operational definition, organisation, and conclusion. Okay. So as usual, we start with 1.1; Introduction. So in the introduction, we introduce what was in this chapter. But sometimes, I find that students wrote the introduction for about 2-3 pages long, something like that. But….it is after all and introduction. If we write it to long, it will be the background of the study. You put in the study in there. So, we must make sure..alright.. we only just introduce…like we tell what was the whole study was. So, in put introduction we explain what study in this paper, alright. So, if you don’t want to do so, you could simply write it in one paragraph..that’s is also fine. What was in the introduction, in chapter 1, that’s all. So, it is up to the students, alright. But make sure it is nothing like what in the previous studies, or background. Because we have subtopic, the background of the study. In fact  what was in the background, for example the history, or, we want to introduce, we actually want to study about Instagram, therefore, we can put, when did Instagram started? Who introduce it? State the year. And then, when did it came to Malaysia, how does it look like?...all that in here. The characteristics, all here, but it must have reference. That is why it is called the background of the study, or history,…It must have reference. If there isn’t, that is not allowed. You can’t say according…actually there isn’t. They just do it until, 3-4 pages, completely without reference! As if they’re the one who made it. That is wrong! That means every paragraph that explained in the background must have reference. So if you want to write,  when Instagram started, who started it.... they didn't state what year actually... and from which website ... so you must have references. That is how importance the background is. So this background shows ... if we , as inspector read it.. we can see  .." okay it is about the background of Twitter, for example this and this" . Came to Malaysia, this.. What was the content on twitter, what are the  features? All that, me as the inspector will finally  understand..."Oh so that was the study all about. Oh, that’s how the study was conducted... so put it in the background... but remember... that this is the background,it is not a highlight of the study. Don’t simply write ..according to Normaliza Ibrahim (2019)...,This Twitter conducts a study of.. yada yada . That is just the same as the previous studies. So be careful. So, in the background we can put more or less... we can write  it for about 2 to 3 pages long. If it's more... there are actually students wrote the  backgrounds up to 10-20 pages. You can’t.. that will be...that is more likely as in the history section... Alright?... there is no need.. we need it simple manner... so that the examiner will understands.. I will  say…the examiner would say."" Oh, this student want to do the background of this study of this.. of that". So this is very important. So, make sure there are references. In this background there is no need for us to state from five years backwards... that is why it is called history.. if it is a history, it would have been from a long time ago. That means, there is no limit. Reference from 5 years back. So it could be any time. Like when it was established, no problem. You may put it in the background. But make sure it is... from.. for example, the one who wrote about the Twitter earlier. The background of Twitter that spoke earlier... then make sure you are going towards what was  eventually....about your study. So at first it is in general, and then ... about who started, anything of that sort... then ....finally it brings  us to our study. That is what we called background of the study. It is must related to out study. Alright?

 

 

RUJUKAN

Youtube Channel Prof Normaliza Abd Rahim:  https://www.youtube.com/watch?v=aJNLU4elCvQ


Saya sudah subsribe :)


Bukti Kehadiran Minggu 11






BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 M11 – HURAIAN TESIS

Masihkah Kau Ingat?

 

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Penulisan tesis haruslah dihasilkan dengan asli tanpa meniru mana-mana artikel atau buku. Rujukan boleh dibuat daripada sumber-sumber ilmiah, namun perlu menghuraikannya dengan ayat sendiri.

 

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Penulisan tesis perlu disemak dahulu menggunakan turnitin atau alat yang lain bagi mengelakkan plagiat dalam tesis yang dihasilkan sebelum dihantar kepada penyelia atau jurnal.

 

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Pelajar perlu menggelakkan daripada merujuk kepada rujukan sekunder. Hal ini demikian kerana pelajar perlu meletakkan rujukan yang utama, jika dia membaca atau merujuk daripada satu kajian yang menggunakan rujukan daripada kajian yang lain. Sekiranya pelajar menggunakan rujukan daripada sesebuah kajian tetapi tiada dalam senarai rujukan di akhir penulisan tesis, ia dikira sebagai plagiat.

 

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Penulisan tesis perlu merujuk kepada artikel terkini sekurang-kurangnya 50 artikel berkenaan kajian dan anggaran 5 tahun sebelum. Hal ini kerana artikel terkini masih menggunakan segala infomasi dan pemahaman terhadap kajian yang masih relevan untuk pelajar gunakan sebagai rujukan.

 

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Seminar atau persidangan membantu pelajar atau individu yang ingin menghasilkan penulisan tesis. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada mereka tentang kajian yang ingin dijalankan.

 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Pelajar haruslah mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih pakar dan arif dalam penulisan tesis bagi mengelakkan daripada berlakunya kesalahan. Hal ini kerana pelajar lain hanya mengetahui tentang bidang kajian mereka sahaja dan bukan bidang kita.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman-bacelor dan Master; 50 halaman-PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Jumlah halaman dalam penulisan tesis perlu dititik beratkan oleh pelajar. Pelajar disarankan untuk menghasilkan penulisan tesis mengikut halaman yang ditetapkan. Hal ini bagi mengelakkan penulisan tesis mereka kurang pengisian dan kurang memberangsangkan.

 

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bachelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (Phd).*Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Syarat yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan penulisan tesis salah satunya adalah jumlah keseluruhan halaman tesis tetapi bertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Perancangan perlu dibuat supaya penulisan tesis yang dijalankan dalam keadaan yang teratur dan terkawal. Sekiranya pelajar gagal membuat perancangan yang terbaik, berkemungkinan akan menjejaskan hasil penulisan tesis.

 

 

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia




Bukti Kehadiran Minggu 11






BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

 

 


TEKS ASAL

Elemen Asas Grafik

 

1. Mudah

Misalnya:

Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah.

 

2. Warna

Misalnya:

Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan.

 

3. Teks

Misalnya:

Iklan telefon bimbit disertai dengan teks “Nipis dan Ringan” memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.

 

4. Kesesuaian

Misalnya:

Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut “Suasana di kampung saya”.

 

5. Keseimbangan

Misalnya:

Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pula terdapat  padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas.

 

 

 

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

Element of Graphic

 

1. Simple

For example:

A photo of a red bike parked at the house yard. Someone who looks at the photo will understand that the photo is a red bike.

 

2. Colour

For example:

A photo of a blue car and accompanied by a green tree in the back. There are also bluish cloud colors. This photo is clearly interesting because it has three colors that stand out and focus on cars, trees and clouds.

 

 

3. Text

For example:

Mobile phone ads accompanied by the text "Thin and Light" give a perception about the phone. Therefore, the text should be written in large numbers using attractive font types so that users are interested in buying them.

 

4.  Suitability

For example:

A photo of three children playing in the house yard of a village. Children barefoot as well as the faces of children who are laughing. The sky is almost dark which shows the atmosphere of the evening. There is a caption under the photo "Atmosphere in my village".

 

5.  Balance

For example:

In the space to the left of the picture there are five large trees balanced with a village house to the right of the picture. Thus, five large trees are balanced with the village house. At the top of the picture there is a wide blue cloud while at the bottom there is a wide green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green grass.

 

 

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.




Bukti Kehadiran Minggu 11



BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

 



1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat daripada pandangan mata anda, anda seorang manusia yang baik.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

 

2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat adalah apabila dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda untuk menjelaskan sesauatu situasi.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna

 

 3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi terhadapmu.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna

 

 4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedia anda menghadapi dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasa cabaran.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Sifat sabar diambil kira

Dugaan besar selalu ada

 

 5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya bersedia berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Kasih sayang dikongsi bersama

Abang kakak dan adik serta ibu bapa

 

6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua yang anda lakukan.

Bukti: Lirik Lagu 1 (Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka


7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best.

Terjemahan Melayu:  Berbuat baik. Jujurlah. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

 

8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama

 

9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

 Terjemahan Melayu: Walaupun emosi saya sentiasa dicabar tetapi saya akan cuba yang terbaik supaya tidak membuatkan anda terbeban.

 Bukti: Lirik Lagu 3 ( Saya yang Istimewa)

 Saya dengan dunia

 Belajar berdikari setiap masa

 

10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person.

 Terjemahan Melayu: Ibu dan bapa saya akan gembira apabila saya menjadi seseorang yang lebih baik.

 Bukti: Lirik Lagu 1 (Keluarga)

 Saya berasa puas hati

 Menolong ibu bapa setiap hari

 Bermula di pagi hari

 Sehingga malam nanti


RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You... For Us... . Terengganu: Penerbit UMT.



Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Wednesday, 30 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

 

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

  


SABRINA BINTI ABDUL KADIR

199265


Teks Asal

 Masihkah Kau Ingat?

 1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


 2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.


 3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.


 4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).


 5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.


 6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.


 7.  Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman-bacelor dan Master; 50 halaman-PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).


 8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bachelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (Phd).*Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


 9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

 

Terjemahan Inggeris

 Do You Still Remember?

 

1. Write and rework using your own sentences (Do not copy (copy paste) from articles or books).

 

2.  Use Turnitin or other tools before making submissions to supervisors or journals.

 

3.  Make a reference from the main reference. Avoid referring to secondary references.

 

4.  Read many recent articles to better understand the study to be conducted (minimum 50 articles).

 

5.  Attend seminars or conferences to get input on relevant studies.

 

6. Talk to the supervisor about the research being conducted. Avoid talking to other students because students are not experts in the field.

 

7.  Number of pages (approx.) For Chapter 1 (10-12 pages), Chapter 2 (30 pages of Bachelor and Master; 50 pages-PhD), Chapter 3 (10-12 pages), Chapter 4 (40 pages for each objective and Chapter 5 (8-12 pages).

 

8.  The entire thesis should have a maximum of approximately 80 pages (bachelor), 81-150 (Master) and 151-240 (Phd). * Subject to the requirements of lecturers, faculty and universities.

 

9. Make plans or schedules for the entire study period.

 

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 


Kehadiran Minggu 10



BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 


SABRINA BINTI ABDUL KADIR

 199265

 

 

 

1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

 Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan melawan lagi agar saya kembali tenang.

 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

 Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

 2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

 Terjemahan Melayu: Ingatan terakhir yang saya ada dengan anda akan kekal sebagai saat bahagia yang saya hargai selama-lamanya

 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

 Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Alim juga tahu di mana reban ayam yang baharu.

 

 3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

 Terjemahan Melayu: Untuk hidup dalam kemiskinan saya akan menyedari bahawa hidup lebih berharga daripada yang lain.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 “Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik, sambung Alim lagi.

 

 4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

 Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ia akan menjadi sukar sepanjang masa.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.

 

 5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

 Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja.

 

 6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

 Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat menceritakan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 “Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

 “Saya rindu keluarga saya setiap hari,” sebut Alim sambil tersenyum.

 

 7. Teks Asal: I have faith in you.

 Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada anda.

 

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri.

 

 8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

 Terjemahan Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik saja.

 

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

 ‘Kenapa dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan Alim sambil menangis.

 “Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim. Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka.

 

 9. Teks Asal: My parent believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik suatu hari nanti.

 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 “Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

 “Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.

 


RUJUKAN: Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). Quotes For You ..For Us... Terengganu: Penerbit UMT.



RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Kehadiran Minggu 10