Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita sosial 2 mengisahkan tentang Alim dan keluarga yang mempunyai nilai murni dalam diri masing-masing. Bapa Alim membeli buah-buahan yang pelbagai seperti buah rambutan,durian, manggis, langsat,duku dan banyak lagi di pasar tani. Bapa Alim meminta Abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk bersama-sama makan buah-buahan yang dibeli oleh bapanya. Alim mengamalkan nilai murni seperti berbuat baik kepada jiran dengan memberikan jirannya iaitu Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Sesuai dengan pepatah melayu "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Hal ini menunjukkan Alim seorang anak yang patuh akan nasihat ibu bapanya. Ibu bapanya sentiasa mengingatkannya untuk berbuat baik kepada semua orang. Alim juga belajar daripada adik-beradiknya iaitu abang Imran, Madinah dan Aisyah tentang sifat berkongsi sesuatu dengan orang lain. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya untuk mengemas rumah. Alim terserempak dengan Ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Menurut Alim berkongsi merupakan amalan yang baik. Alim sangat suka berkawan dengan Sulaiman. Selepas itu, Alim melambai Mak Cik Timah dan masuk ke dalam rumah. Kemudian, Mak Cik Timah memandang Alim masuk ke dalam rumah dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Terengganu

No comments:

Post a Comment