Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


CERITA SOSIAL 1 


Alim merupakan cucu yang sangat rapat bersama atuk dan neneknya. Alim pulang ke kampung  nenak dan datuk sebelah ibunya yang tinggal di Kajang. Alim sangat suka pulang ke kampung untuk melihat ayam dan itik datuk. Setibanya di kampung, Alim berasa sedih, marah dan menangis disebabkan dia tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung. Hanya Alim seorang sahaja yang sibuk dengan kehilangan itik dan ayam datuk manakala ahli keluarga yang lain sibuk dengan hal masing-masing . Nenek dan datuk berlari cuba untuk mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Setelah dijelaskan oleh Nenek mengenai apa yang terjadi dengan itik dan ayam, Alim pun terus berhenti menangis dan setelah melihat reban baru yang terletak 50 meter dari reban lama barulah Alim mengetahui akan apa terjadi terhadap ayam dan itik yang dicari olehnya itu. Setelah tiba di rumah nenek dan datuk, Alim kembali bersedih kerana melihat perubahan terhadap rumah tersebut. Nenek akhirnya menceritakan mengenai almari,katil dan kerusi dapur sambil memujuk Alim yang kemudian berhenti menangis. Alim merupakan seorang yang bersifat kebudak-budakkan lagi kerana setiap perkara diambil kira tanpa usul periksa kemudian terus menangis. Bukan itu sahaja, dapat dirumuskan bahawa Alim meupakan seorang yang sangat teliti dalam mengenal pasti sesuatu perkara baharu.

No comments:

Post a Comment