Thursday 21 January 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 Assalamualaikum kepada pensyarah tercinta bagi subjek BBN 3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer iaitu Prof Dr Normaliza yang telah banyak mengajar saya mengenai cara untuk menjadi seorang penterjemah yang baik serta berkualiti. Subjek ini merupakan subjek tambahan yang saya secara sukarela untuk jadikan sebagai salah satu pelengkap untuk saya melengkapkan keperluan bergraduat dan juga saya memilih subjek ini kerana saya merasakan subjek ini amat penting diaplikasikan ketika telah menamatkan pengajian. Sesungguhnya sepanjang tempoh kuliah 14 minggu ini, saya belajar bukan sahaja untuk menterjemah teks yang diberikan tetapi kami juga ditugaskan untuk mentranskripsi video daripada akaun youtube Prof. Anda diwajibkan untuk suscribed okay :). jangan lupa. Tugas ini agak mencabar bagi saya kerana saya perlu peka dan teliti pada setiap ayat atau perkataan yang ada. Bukan itu sahaja, saya perlu mentranskripsi video yang berdurasi lebih dari sejam, bayangkanlah satu hal nak fokus satu hal penat tapi bagi saya itu semua berbaloi. Saya rasa pengalaman ini tidak akan saya lupakan kerana ia mengajar saya untuk bermain pada setiap waktu yang berjalan. Bukan itu sahaja, saya juga dapat menerapkan cara bekerje bersama rakan seperjuangan saya sepanjang kuliah ini berlangsung terutama sekali kepada Nurnina Yusrina kerana kami telah menjadi rakan kongsi kerja. kadang-kadang rasa penat kerana perlu menyiapkan tugas dengan masa yang singkat tapi perlu diingat ini merupakan satu pendedehan yang perlu dibiasakan kelak semasa bekerja nanti dan yaaa saya sangat rasa bersyukur kerana saya telah mendapat pendedahan sebegini dengan lebih awal. Kami juga diajar cara melakukan kerja secara spontan terutamanya untuk menterjemah kata-kata mahupun apa jua bahan yang diberikan. Di sini, kami melihat satu penerapan cara bekerja dan berfikir secara pantas. Agak mencabar bukan subjek ini? tapi... banyak benda yang dipelajari sesungguhnya dan rasa sangat beruntung kerana memilih subjek ini menjadi sebahagian ilmu yang saya pelajari. Walaupun terdapat cabaran dalam setiap yang dipelajari tetapi percayalah untuk menjadi seorang yang berjaya itu tidak susah. Usaha dan kegigihan perlu diterapkan dalam diri untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Prof atas tunjuk ajar yang telah diberikan. Bukan itu sahaja, buku-buku yang diterbitkan oleh Prof dan dipakai semasa sesi pembelajaran sangatlah berguna dan memberi banyak ilmu pengetahuan baru lebih-lebih lagi buku Jom Tulis Tesis. Diharapkan semuanya dipermudahkan untuk kita semua terutama kepada Prof dan keluarga. Terima Kasih sekali lagi Prof. semoga kita akan berjumpa di hari-hari yang akan datang :))😍

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI

BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM 

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)



No comments:

Post a Comment