Tuesday 18 February 2020

BBM3410Satu2020:Blanket Test

Blanket test merupakan salah satu aktiviti berkumpulan yang akan menghimpunkan markah dari setiap individu yang dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pensyarah secara rawak atau secara khusus untuk kumpulan tersebut. Individu yang berbeza perlu menjawab setiap soalan yang diberikan secara pantas dan tepat. Kumpulan kami iaitu Lenggang Kangkung Production berjaya memperoleh 4 markah daripada beberapa soalan yang telah dikemukakan merujuk kepada buku Multimedia dalam Bahasa dan juga paparan grafik di skrin. Antara soalan yang berjaya kami jawab dengan betul ialah :


  1. Apa itu keseimbangan dalam asas grafik?
    Jawapan : Ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas bawah. Sama ada kosong atau berat.
  2. Muka surat berapa yang mempunyai kandungan mengenai RULE OF THIRDS ?
    Jawapan : Muka surat 80.
  3. Berdasarkan paparan di skrin apakah elemen asas grafik yang dapat dilihat? (Merujuk kepada gambar kedua)
    Jawapan: Warna. Melalui gambar yang di paparkan menunjukkan sebuah tempat pelancongan yang menepati pilihan warna iaitu penggunaan warna biru dan hijau yang sesuai dengan eleman semula jadi seperti pokok,laut beserta awan dan langit.
  4. Berdasarkan paparan di skrin apakah elemen asas grafik yang dapat dilihat? (Merujuk kepada gambar ketiga)
    Jawapan: Keseimbangan. Melalui gambar yang di paparkan menunjukkan jeti dan beberapa bot beserta tumbuhan landskap yang ada di persekitaran tersebut seimbang dengan gambar sebelah kanan lebih berat disebabkan terdapatnya bot dan juga tanaman landskap berbanding kiri yang mempunyai warna lebih gelap. Atas memenuhi ruang dengan adanya gambaran bayangan pulau yang lebih tinggi dan bawah dengan gambaran penuh jambatan menuju ke jeti.

No comments:

Post a Comment