Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Penulisan blog yang baik  ialah mempunyai tajuk yang menarik sehinggakan boleh menarik perhatian pembaca untuk melihat dengan lebih dalam. Selain itu, mempunyai unsur peneceritaan yang menarik hati pembaca dimana dengan menyertakan ayat yang humor serta berbentuk jenaka untuk membuat blog tersebut lebih kelihatan menarik. Di dalam penceritaan dan selain menyertakan ayat-ayat yang sesuai hujah juga perlulah dihuraikan dengan cara yang terbaik di dalam penulisan blog tersebut. Bukan itu saja, penulisan blog perlu mengaitkan isu-isu terkini seiring dengan perkembangan semasa. Perkataan dan struktur ayat yang perlu digunakan hendaklah ringkas. Paling penting blog yang baik dapat difahami dan dibaca dengan mudah. Blog yang baik boleh mewujudkan interaksi dengan pembaca dengan adanya tarikan cerita di dalam penulisan blog tersebut. Dalam penulisan blog untuk membuat blog tersebut bukan sahaja kelihatan menarik malahan berunsurkan mesej yang membawa kepada kebaikan adalah dengan memasukkan nilai estetika dan moral. Dengan itu, blog mampu menjadi salah satu medan penulisan pendidikan yang berilmu.
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment