Friday 28 February 2020

BBM3410Satu2020 MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang,kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada Bersama 
Semasa saya memerlukan mereka.

Segalanya bermula dari sebuah keluarga. Sebagai seorang anak yang baik, kita seharusnya sentiasa melakukan kebaikan serta berbakti kepada kedua orang tua kita. Jadilah seorang anak yang boleh meringankan beban dan tugas mereka dengan memberikan pertolongan tidak kira dari segi bentuk pertolongan apa pun. Bukan itu sahaja, kita perlulah sentiasa menjaga tingkah laku dan adab kita kepada keluarga. Sentiasa mengutamakan keluarga lebih dari segalanya kerana yang akan bersama dengan kita tatkala suka atau duka tidak lain tidak bukan ialah keluarga kita sendiri. Keluarga kita merupakan insan yang paling berharga dan tiada galang gantinya kerana mereka mengenali kita lebih dari segalanya sejak kita lahir lagi terutama sekali kedua orang tua kita. Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang sentiasa bersatu dan menyokong antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang , kerjasama , toleransi dan sebagainya. "Rumahku Syurgaku". Keluarga bahagia merupakan impian setiap orang.














Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Berikut meruapakan hasil tugasan 1 kami yang bertajuk Asas grafik merangkumi lima elemen asas iaitu :




Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami. Contohnya gmbaran bunga berwarna merah di atas difahami bahawa berikut merupakan bunga berwarna merah.



Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran. Grafik yang wajar seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Gambar di atas menunjukkan gambaran biji benih yang mula tumbuh dan jelas kelihatan warna hijau dan kekuningan pada gambar tersebut.



Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan 
grafik. Selain itu kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Teks yang terdapat pada gambar di atas ternyata jelas dengan gambaran yang cuba disampaikan dan saiz font yang agak mudah difahami dan dibaca.



Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat,latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto. Gambar seorang lelaki tua dan sebuah sungai serta kapal perang dahulu dapat dilihat dengan jelas pada gambar di atas yang menerangkan tentang elemen kesesuaian.



Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam  foto. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang tersebut. Seperti gambar di atas tasik tersebut seimbang dengan ruang kanan dan kanan disebabkan warna laut yang semakin gelap manakala kanan dipenuhi oleh gambaran gunung-ganang dan sebelah kiri pula dapat dilihat kedudukan angsa yang berterabur pada tasik tersebut.


Secara keseluruhannya setelah dinilai oleh Pensyarah subjek BBM3410 kami mendapat tiga bintang dan berpuas hati. Namun terdapat kesilapan kecil yang perlu ditambah baik untuk tugasan yang seterusnya.




BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION

Lenggang Kangkung Production berjaya memperoleh 3 markah daripada beberapa soalan yang telah dikemukakan hari ini merujuk kepada buku Multimedia Dalam Bahasa dan juga paparan grafik di skrin. Antara soalan yang berjaya kami jawab dengan betul ialah : 

  1. Apa itu keseimbangan dalam asas grafik ?
    Jawapan : Ruang dalam foto atau video yang seimbang. Ruang yang dimaksudkan ialah atas dan bawah serta kiri dan kanan.
  2. Gambar tepi laut berserta pemandangan itu asas fotografi bagi ?
    Jawapan: Long Shot kerana situasi tersebut memberikan pemahaman secara keseluruhan.
  3. Gambar seterusnya merupakan asas fotografi bagi ?
    Jawapan: Close-up kerana gambar tersebut mempamerkan dan memfokuskan mata dan hidung yang lebih dekat dengan kamera.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

 

Gambar Long Shot : Diambil dengan jarak yang lebih jauh dari kamera.




Gambar Medium Shot : Diambil dengan jarak yang hampir dengan Kamera. Wajah seseorang lebih menyerlah menggunakan medium shot.



Portrait: Gambar Portrait merupakan gambar atau foto yang berfokus dalam jarak yang dekat. 



Mug Shot : Mug Shot merupakan gambar atau foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuannya adalah untuk mempamerkan raut wajah dan ekspresi wajah seseorang secara terperinci.



Mug Shot Adila



Mug Shot Sabrina



Mug Shot Wais



Mug Shot Nina 



Mug Shot Izzat



Mug Shot Suriati



Mug Shot Nieja



Mug Shot Syah



Mug Shot Thalhah



Mug Shot Azmil



Gambar Close-up ialah gambar yang diambil jarak dekat dan memfokuskan wajah seseorang. Gambar close-up yang pertama memfokuskan mata manakala yang kedua memfokuskan tumbuhan iaitu bunga.


Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita sosial 2 mengisahkan tentang Alim dan keluarga yang mempunyai nilai murni dalam diri masing-masing. Bapa Alim membeli buah-buahan yang pelbagai seperti buah rambutan,durian, manggis, langsat,duku dan banyak lagi di pasar tani. Bapa Alim meminta Abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk bersama-sama makan buah-buahan yang dibeli oleh bapanya. Alim mengamalkan nilai murni seperti berbuat baik kepada jiran dengan memberikan jirannya iaitu Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Sesuai dengan pepatah melayu "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Hal ini menunjukkan Alim seorang anak yang patuh akan nasihat ibu bapanya. Ibu bapanya sentiasa mengingatkannya untuk berbuat baik kepada semua orang. Alim juga belajar daripada adik-beradiknya iaitu abang Imran, Madinah dan Aisyah tentang sifat berkongsi sesuatu dengan orang lain. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya untuk mengemas rumah. Alim terserempak dengan Ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Menurut Alim berkongsi merupakan amalan yang baik. Alim sangat suka berkawan dengan Sulaiman. Selepas itu, Alim melambai Mak Cik Timah dan masuk ke dalam rumah. Kemudian, Mak Cik Timah memandang Alim masuk ke dalam rumah dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Terengganu

BBM3410Satu2020:KELUARGA SAYA

Saya mempunyai keluarga yang harmoni dan bahagia namun tidak lari daripada sebarang salah faham dan pergaduhan kecil namun itu sudah menjadi lumrah bagi setiap keluarga tapi bak kata pepatah melayu "air yang dicincang tidak akan putus". Saya mempunyai Ibu yang cantik dan tegas sesungguhnya dan berumur 48 tahun. Tidak dilupa juga saya mempunyai hero dan 'bodyguard' yang sangat kacak dan penyayang iaitu ayah yang kini menjangkau usia di 50 tahun. Ibu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa . Oleh itu, ketiga-tiga kami adik-beradik semuanya rapat dengan ibu dan susah untuk menjarakkan diri antara satu sama lain sehingga. Untuk pengetahuan semua saya berasal dari Tawau, Sabah dan mempunyai darah campuran dari negara jiran iaitu Indonesia. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Saya mempunyai kakak dan adik perempuan. Kami mempunyai perbezaan umur yang sangat jauh dimana kakak saya tahun ini berumur 28 tahun , manakala saya berumur 23 tahun dan yang bongsu baru berumur 5 tahun. Ketiga-tiga kami dibesarkan oleh Ibu dan Ayah dan ketiga-tiga menetap di rumah dari kecil lagi. Setakat ini saya dan kakak sepanjang zaman persekolahan tidak pernah lagi di hantar ke asrama dan hanya bersekolah harian biasa sahaja. Tiga tahun lepas, kakak telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Negeri Sembilan dan kini telah pun mempunyai seorang cahaya mata. Manakala saya kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dan yang bongsu sedang memulakan pra sekolahnya di sebuah sekolah islamiah. Ibu dan Ayah kini hanya tinggal bertiga bersama si bongsu dan seperti biasa rumah akan lengkap bila raya dan semasa saya cuti semester dan waktu di mana kakak pulang bercuti selain dari waktu raya. Sekian saja pengenalan ringkas mengenai keluarga saya yang tercinta ;).



BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

SABRINA BINTI ABDUL KADIR


Media sosial dalam kelas bahasa memberikan banyak manfaat antaranya seperti yang terdapat di dalam gambar yang saya muat naik dalam blogspot saya. Perkembangan  pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkan maklumat diterim dengan cepat dengan hanya menggunakan peranti komputer yang mempunyai akses internet. Sebarang maklumat boleh diperoleh pada bila-bila masa. Kemajuan ini juga telah menyumbang kepada perubahan cara pengajaran dan pembelajaran yang tidak lagi terhad kepada kandungan buku teks mahupun perkara yang disampaikan oleh seseorang guru di dalam kelas.

Tuesday 18 February 2020

BBM3410Satu2020:Asas Grafik



Asas grafik merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh semua. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah,warna,teks,kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemen seharusnya terdapat dalam foto. Kami diminta untuk menyediakan bahan-bahan seperti berikut untuk tugasan pertama.
  1. Gunting
  2. Mounting Board bersaiz A4 (6 pcs dan hitam)
  3. Gam Stick 
  4. Cutter/ pisau lipat
  5. Riben
  6. Majalah terpakai saiz lebih kecil dari A4


















Tugasan ini memerlukan setiap kumpulan untuk mencari lima elemen asas grafik berdasarkan lima pilihan grafik daripada majalah yang terpakai berdasarkan kesesuaian yang dicari.Sebelum memilih paparan grafik tersebut, kami perlu merujuk pensyarah iaitu Prof.Dr Normaliza untuk mengesahkan sama ada paparan tersebut diterima pakai atau tidak. Setiap kumpulan tidak dibenarkan menulis sebarang huruf dan hanya perlu menggunakan abjad atau nombor yang terdapat dalam majalah digunting dan kemudian ditampal atas mounting board dengan kemas dan bersih tanpa sebarang kesan gam. Pemilihan grafik perlu sesuai dengan elemen asas grafik dan dilabelkan di belakang gambar tersebut sama ada paparan tersebut ialah asas mudah, warna, teks, kesesuaian mahupun keseimbangan.