Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

BLOG DI DALAM KELAS BAHASA














Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran multimedia. Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan. Blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. Selain itu, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Kerja akan menjadi lebih interaktif dengan menggunakan blog. Blog juga menjalankan interaksi untuk mencipta komunikasi dua hala antara pelajar bersama pelajar atau antara pelajar bersama  tenaga pelajar bagi menyelesaikan tugasan atau untuk mengekalkan hubungan sosial. Menulis blog menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan idea merekadengan cara yang unik. Apabila pelajar dan guru berkolaborasi dalam menulis blog, ia mampu membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis. Kolaborasi penulisan blog mmperbaiki penulisan pelajar, meningkatkan kemahiran yang berkaitan dan menyebarkan pengetahuan. Juga, menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang kerana blog merupakan alat pengajaran di dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua (ESL). Kegunaan blog secara umumnya meningkatkan kemahiran Bahasa kedua melalui membaca, menulis , meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mengurangkan kebimbangan mereka apabila belajar dan menggunakan bahasa Inggeris ketika Bersama rakan sebaya. Blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh !!! Media Sosial,
Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment