Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020:TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)

VanDijk (1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada sesuatu teks yang dapat diamati  serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamanati daripada topik/tema suatu teks


Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan


Struktur Mikro 
Makna lokal daripada suatu teks seperti yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi




No comments:

Post a Comment