Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

CERITA PENDEK INSTAGRAM

Cerita pendek Instagram membantu dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek. Selain itu, Instagram telah memberikan peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Tambahan pula, subjek kajian menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Menurut Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Dengan itu, Instagram juga bakal bantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Bagi pelajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Instagram juga menyumbang kepada penggunaan teknologi dengan cara yang betul. Dengan itu, pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika  merakam video atau gambar.








No comments:

Post a Comment