Thursday 26 March 2020

BBM3411Satu2020: ASAS-ASAS FOTOGRAFI

Video di atas adalah berdasarkan tugasan yang diberi kepada setiap kumpulan untuk memaparkan mengenai asas-asas fotografi seperti 'Over the Shoulder', 'bird's eye view', 'siluet', 'kabur', 'pendua' dan 'bayang'.
 ASAS-ASAS FOTOGRAFI
BY LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION
https://www.youtube.com/channel/UC290s7_fRL1brbOMiGpOszQ



Credit: Shhh...
By: Elizabeth Tan
Penulis Lirik & Komposer : Faizal Tahir & Ezra Kong (Warner Music Malaysia)

Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof.Dr Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan Lenggang Kangkung Production
  1. Niezaeshra Binti Haris (195924)
  2. Noor Suriyati Binti Sujono (195982)
  3. Mohamad Azmil Bin Mustapa (196787)
  4. Wais Qorni Bin Azizan (196987)
  5. Nurul Adila Riza Binti Saharudin (197319)
  6. Nurnina Yusrina Binti M.Radzy@Yusman (197423)
  7. Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman (197500)
  8. Syahrudin Bin Selamat (198085)
  9. Sabrina Binti Abdul Kadir (199265)
  10. Mohamad Thalhah Bin Jamil (199322)

    RUJUKAN :
    Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Serdang,Selangor.




Monday 9 March 2020

BBM3410Satu2020:BLANKET TEST 3.0

LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION

Lenggang Kangkung Production berjaya memperoleh 2 markah beberapa soalan yang telah dikemukakan pada blanket test kali ini berdasarkan rujukan buku Multimedia Dalam Bahasa dan juga paparan grafik di skrin. Pada kali ini soalan bertumpukan kepada asas fotografi. Antara soalan yang berjaya kami jawab dengan betul ialah:

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Medium Shot?
    Medium shot diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera atau video. Wajah seseorang lebih menyerlah dan ketara dengan jelas. Medium shot boleh memperlihatkan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau kumpulan. Medium shot sesuai untuk semua bahan sama ada objek ataupun manusia.
  2. Apakah yang dimaksudkan dengan Close-up?
    Gambar yang diambil dari jarak dekat dan memfokuskan muka seseorang. Tujuan Close-up adalah dengan menunjukkan wajah seseorang dengan kelihatan lebih jelas.

Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminatdalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, keseseuaian dan keseimbangan.


  1. Mudah
    Mudah yang dijelaskan adalah suatu paparan tersebut dapat difahami dengan mudah tanpa kekeliruan. Contohnya gambaran makanan, dimana kita dapat menjelaskan sekali pandang bahawa apa yang cuba diterangkan dalam paparan tersebut memfokuskan makanan.
  2. Warna
    Warna yang dimaksudkan adalah gambaran yang terdapat dalam foto mahupun video yang meliputi paparan tersebut. Warna perlu seimbang dalam suatu paparan dimana warna sebaik-baiknya tidak melebihi 3 warna. Warna juga perlulah seiring dengan keseuaian mesej yang cuba disampaikan.
  3. Teks
    Teks merujuk kepada jenis dan saiz font dalam sesuatu paran foto mahupun video. Teks perlulah jelas dan mudah difahami agar mesej yang cuba disampaikan dapat difahami dengan mudah dan tidak mengelirukan.
  4. Keseseuaian
    Keseseuaian yang dimaksudkan adalah dalam sesuatu paparan perlu sesuai dari segi latar tempat, waktu dan masa. Setiap bahan perlu berkait antara satu sama lain.Misalnya pemandangan tepi laut yang gelap bermaksud waktu mnjelang senja.
  5. Keseimbangan
    Keseimbangan yang dijelaskan dalam setiap paparan perlulah seimbang dari segi pandangan atas dan bawah dan juga ruang kiri serta kanan seimbang sama ada ruang tersebut berat atau kosong.

    Rujukan
    Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Selangor.



BBM3410Satu2020:TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)

VanDijk (1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada sesuatu teks yang dapat diamati  serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamanati daripada topik/tema suatu teks


Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan


Struktur Mikro 
Makna lokal daripada suatu teks seperti yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi




BBM3410Satu2020:TAKSANOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)

Taksanomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengekalan atau Pengurangan


1. Pengabaian/ Peninggalan Mesej
2. Pengekalan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan


3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan Bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran Kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekanan/ Appeal for help Stailing

Stalling or Time-Gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)
Rajah 7: Taksanomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksanomi strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksanomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

Taksanomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksanomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi



BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

CERITA PENDEK INSTAGRAM

Cerita pendek Instagram membantu dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek. Selain itu, Instagram telah memberikan peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Tambahan pula, subjek kajian menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Menurut Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Dengan itu, Instagram juga bakal bantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Bagi pelajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Instagram juga menyumbang kepada penggunaan teknologi dengan cara yang betul. Dengan itu, pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika  merakam video atau gambar.








BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

BLOG DI DALAM KELAS BAHASA














Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran multimedia. Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan. Blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. Selain itu, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Kerja akan menjadi lebih interaktif dengan menggunakan blog. Blog juga menjalankan interaksi untuk mencipta komunikasi dua hala antara pelajar bersama pelajar atau antara pelajar bersama  tenaga pelajar bagi menyelesaikan tugasan atau untuk mengekalkan hubungan sosial. Menulis blog menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan idea merekadengan cara yang unik. Apabila pelajar dan guru berkolaborasi dalam menulis blog, ia mampu membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis. Kolaborasi penulisan blog mmperbaiki penulisan pelajar, meningkatkan kemahiran yang berkaitan dan menyebarkan pengetahuan. Juga, menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang kerana blog merupakan alat pengajaran di dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua (ESL). Kegunaan blog secara umumnya meningkatkan kemahiran Bahasa kedua melalui membaca, menulis , meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mengurangkan kebimbangan mereka apabila belajar dan menggunakan bahasa Inggeris ketika Bersama rakan sebaya. Blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh !!! Media Sosial,
Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.