Thursday 17 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

 

Prof Dr Normaliza mempunyai seorang anak lelaki bongsu yang bernama Alim. Alim dibesarkan di UK kerana Ibunya telah melanjutkan pengajian di sana selama 6 tahun. Alim tidak begitu fasih dengan Bahasa Melayu. Setibanya Alim di Malaysia dia masih tidak dapat membaca dan lebih kurang dalam 6 bulan juga untuk Alim diajar membaca. Alim juga dimasukkan ke kelas pemulihan untuk diajar membaca dan mengenal setiap perkataan. Kini Alim sudah mencecah 24 Tahun dan telah melanjutkan pengajiannya ke UiTM. Pada suatu hari, Prof menyuruh Alim pergi ke pejabat pos untuk mengepos surat ke Singapura. Alim perlu membeli setem untuk ditampal di surat tersebut. Alim sedaya upaya mengopek belakang setem kerana menyangka ada pelekat dibelakangnya. Namun, selepas dia menelefon Prof sendiri, Prof menyatakan bahawa setem itu hanya perlu dibasahkan sahaja lalu menampalkannya. Akhirnya, Alim berjaya melakukannya.




KEHADIRAN MINGGU 4

No comments:

Post a Comment