Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: TUGASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI

Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)





Bahagian B:



Ringkasan Cerita Sosial 2:



Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.








RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment