Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: PENGENALAN BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI

Pengenalan Bab 2 :

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:


Menerusi Normaliza Abd Rahim (2014) dapat dilihat bahawa golongan muda masa kini terutamanya pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengarang sebuah cerita. Apabila seseorang individu itu mengarang sebuah cerita, mereka dapat mengembangkan lagi idea dan memperkukuhkan lagi penggunaan kosa kata yang betul serta struktur ayat yang benar. Mereka ini dapat membina keyakinan diri dengan menulis sebuah cerita di media sosial seperti di laman Twitter. Penggunaan laman sosial yang meluas dalam kalangan pelajar dapat mendorong mereka untuk lebih menggunakan platform tersebut untuk berkongsi cerita. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat mereka untuk menulis. Halangan paling besar ialah diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka kurang keyakinan diri dan terlalu takut akan pandangan masyarakat terhadap penulisan mereka. Oleh itu, mereka lebih memilih untuk tidak menulis sebuah cerita di laman sosial.
Selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.
















RUJUKAN :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment