Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

CERITA SOSIAL 2





Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat 3 nilai yang dapat saya senaraikan. Antaranya ialah Kebersihan, baik hati dan tolong-menolong. Nilai kebersihan dapat dilihat dimana Ibu Alim memesan kepada anak-anaknya untuk membuang sampah ataupun segala sisa buah-buahan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Sesungguhnya, penjagaan kebersihan amatlah penting bagi mengelakkan diri daripada sebarang penyakit mahupun jangkitan yang berbahaya. Selain itu nilai lain yang dapat dilihat ialah baik hati. Dapat dibuktikan sikap baik hati Alim yang ingin berkongsi buah-buahan yang untuk diberi kepada Sulaiman. Sikap baik hati itu sesungguhnya satu sikap yang positif dan satu perbuatan yang mulia. Akhir sekali nilai yang dapat dilihat dalam cerita sosial 2 ini ialah tolong-menolong. Sikap bantu-membantu terutama dalam keluarga mampu mewujudkan keluarga yang harmoni selain mampu berbakti kepada kedua orang tua untuk meringkan beban mereka. Begitulah nilai yang dapat dilihat apabila Alim dan adik beradiknya serta ibunya saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

RUJUKAN : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana & Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi.
Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment